06 Mei 2010

Akhirnya sebuah perjalanan, bermula perjalanan baru...

Alhamdulillah,
syukur kepada ALLAH swt, terlepas akhirnya daripada dugaan praktikal selama 3 bulan. Majlis diner untuk raka-rakan juga telah selesai. Kini apa yang tinggal hanya kenangan dan urusan untuk balik ke kampung halaman. Lepas ni, InsyaALLAH kalau tidak ada aral melintang, mungkin akan menjejak kaki ke alam pekerjaan yang sebenar, tanggungjawab sebenar, realiti sebenar, takda da praktikal-praktikal. Berharap juga dapat mengakhirkan zaman bujang ini cepat-cepat..hehe..

Apapun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang pertama kepada kedua ibubapa saya yang memberikan sokongan zahir dan batin, kepada pihak BPG kerana menawarkan DPLI kepada saya, kepada semua pensyarah dan staff INSTED yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan sepanjang saya belajar, kepada rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang, yang menemani ketika kesunyian. Harap semua berjaya dalam bidang masing-masing.

Bagi yang bujang, cepat-cepatlah mencari. Yang sudah berpunya, cepat-cepatlah bertunang. Yang sudah bertunang pula, cepat-cepatlah kenduri. Yang sudah berkahwin, jangan merancang sangat, rezeki tuhan maha luas. Lama juga rasanya tidak berblog, ayat pun skema sedikit. Harap-Harap selepas ini, blog ini akan kembali aktif..^_^

23 Januari 2010

Lagi-lagi RPH

Salam,
Ini ialah RPH untuk subjek Pendidikan Islam Tingkatan 2, Tajuk : Golongan yang diharuskan berbuka puasa. RPH ini dalam tulisan jawi dan ada sedikit pengubahsuaian berbanding RPH yang saya upload dalam post yang lepas.


Untuk melihat file ini dengan tulisan yang betul, sila install font al-Hami. Di sini saya ada sertakan font tersebut dalam bentuk Zip.
Sekarang:
1. Unzip "Font jawi.zip" yang telah didownload.
2. Buka folder "Font jawi".
3. Copy semua Font di dalam folder.
4. Paste ke Control Panel / Fonts.
Selamat mencuba ^_^

22 Januari 2010

Video Ketika Presentation Terakhir

.

Antara hasil kerja sepanjang DPLI 09/10

01. Contoh RPH - RPH ini adalah untuk Pendidikan Islam tingkatan 2. Tajuk : Golongan yang diharuskan berbuka puasa.

02. Kuiz Analitikal - Kuiz analitikal untuk soalan ibadah.

03. Cerita-Cerita - Cerita Memuliakan Tetamu dan Cerita Hikmah tidak Berbohong.

Duit Oh Duit


Bismillah,

Setiap manusia yang lahir ada rezeki masing-masing. Sedikit atau banyak adalah terpulang kepada Allah SWT, pemberi rezeki. Bagi yang bertuah dan dilimpahi dengan harta dan wang ringgit yang banyak, ingatlah bahawa harta itu bukan milik kita dan boleh ditarik bila-bila masa. Maka sebaiknya semasa harta itu masih di tangan kita, banyak-banyakkanlah sedekah dan amal jariah. Dan jangan lupa bayar zakat.


Bagi yang kurang bernasib baik pula, janganlah berputus harap dengan rezeki-Nya kerana siapa tahu suatu hari nanti nasib kita akan berubah menjadi baik. janganlah berharap sangat kepada manusia untuk membantu, sebaliknya berusaha sendiri sambil sentiasa menadah tangan memohon pertolongan dari Allah yang Maha Berkuasa.

Semoga hidup kita lebih diberkati dan bertambah baik hendaknya.


20 Januari 2010

Salam Perkenalan

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya memulakan blog ini. Saya berharap agar blog ini akan sentiasa berkembang dan memberikan faedah kepada mereka-mereka yang membaca blog ini.

About the author